Karnival Kesihatan 2019

29 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Julai 2019 yang lalu, Pusat Internet PPR Seri Semarak dan beberapa Pusat Internet Wilayah Tengah telah bekerjasama dengan MPKK Kubu Gajah dalam menjayakan Karnival Kesihatan 2019 yang telah diadakan di perkarangan Masjid Jamiul Ehsan, Kg. Kubu Gajah, Selangor. Karnival ini telah berlangsung selama lebih kurang 8 jam bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti pemeriksaan kesihatan, ceramah kesihatan, pemeriksaan mammogram, demonstrasi dan pertandingan memasak, aktiviti kanak-kanak dan juga cabutan bertuah. Terdapat juga pelbagai gerai jualan yang disediakan untuk komuniti yang hadir. Booth pusat internet berjaya menarik hampir 100 orang penduduk yang hadir untuk sama-sama menyertai aktiviti-aktiviti berasaskan ICT yang disediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali